Ayat-2 Romantik buad girl-2 cair kepada lelaki


Ayat Mengorat Berlapis
Lelaki yang menggunakan ayat berlapis ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup kecewa. Ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukan tuju ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara umum saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam awak”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengorat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.

Ayat Mengorat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“Saya baru faham erti cantik apabila melihat wajah awak”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, Ammar yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengorat.


Ayat Mengorat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan Ammar yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“Saya tahu saya bukan lelaki idaman awak, tetapi awak wanita idaman hati saya”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara langsung. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Suke?Like Jer..

Kenape nak kecewa kerana cinta?

Assalamualaikum w.b.t

Pernah ke anda terfikir untuk jadi BODOH dek kerana CINTA anda yang bodoh?
hahahaha

saya tak paham la bebudak sekarang!
selalu cakap
"saya kecewa kerana cinta...sobs.."lah
"dia 'membunuhku'..." pergghhhh....
"kumbang hanya seekoq...tiada yang lain..." hak aloh!
"aku mesti nak dengan dia!" (bangang)
"aku akan setia dengan dia sampai tue!" yoyo jer.....
"You`re always in my heart, & the best in my live!"...kahkahkah
dasar budak2 Hengusan!
Selalu jerp wuat statement kurang matang.amboiii!!

Korang ingat orang yang korunk maksud kan tu HERAN ke?
"ade aku kesah @ AAK?..?"
hehehe.....
Nonsense!

So, di sini, saya nak sarankan kepada rakan-rakan,
adik-adik,awek2 disini maupun sesipe yang saya tak kenal....

supaya

"lebih taat + ingat pada mak & bapak & adik badik korunk..."
Ia lebih memberi kesan kalau korunk mengecewakan mereka.
Jangan kecewakan mereka kalau takut untuk dikecewakan.
Jadilah MAHAL ($$$$$$$$infinity!) sikit ok!


Suke?Like Jer..

”..Terlalu kecewa kerana cinta?..”

Terlalu kecewa? Kenapa? Salah siapa? Dan mengapa?…. lain orang lain lah jadinya..

Baran, terlalu cinta, pendiam, ego, duit?… dan banyak benda jadi penyebab.. kita diciptakan berpasangan. Harus mempercayainya… namun jika kita tahu siapakah yang di takdirkan untuk kita, kita tidak perlu membuang masa untuk ”flirting”….


Langkah berjaga2 untuk kurangkan rasa terlalu kecewa selepas break…


jangan berikan sepenuh cinta kepada si dia.

dalam 100%, yang layak untuknya adalah 20% sahaja…. sesungguhnya kita memang tak dapat nak agak bile cinta itu dah 20%, tapi… pada tahap selesa, jangan terlalu taksub dalam bercinta. Kalau terlalu rendah pulak, susah…Selepas kawin, kalau boleh 100%….. yes2!!


Kena ada backup feeling

Bukan com jer kene ada backup… tapi still ada com yang tak buat backup files kat com.. haha same jugak lah ngan cinta… dalam 70% selebihnya tadi… untuk agama, family, study (student) @ kerja, diri sendiri dan kwan2. Nanti in case kalau break, boleh lah tgok2kan pada element ni…


Jangan abaikan

Dalam bercinta, jangan sesekali abaikan, perkara yang penting, seperti agama, keluarga, sahabat, pelajaran bg yang belajar, dan kerja. Sudah pasti nanti jika break…. Ada yang lebih menyayangimu.. chewah!


Cintai dia kerana agamamu.

Didik dia, sayangi dia…. jangan ambil desempatan.. nanti kalau break kamu tidak akan menyesalinya, dan kamu lebih bersyukur, kerana dia dah ajar kamu untuk jadi pembimbing… hik3.


Dah kecewa..tak dapat nak lupakan pulak?? Tak pe… jodoh tak kemana..


Tu aje…. Thanks for reading….
Suke?Like Jer..

kalau bukan aku.. habis tu siapa??

Suasana sangat sepi.. Hanya bunyi unggas yang diselangi dengan bunyi anjing menyalak ja yang menemaniku. Jam menunjukkan 3 pagi.. Aku pula masih setia lagi terpacak depan lappy melayan blogwalking.. memang sebenarnya ikutkan hati.. aku pun sangat seram tak tidur lagi dah pagi-pagi buta camni.. Tetapi memandangkan sekarang ni masa sangat suntuk untuk aku online, dengan internet yang slow bila waktu siang.. waktu sunyi camni la yang buat aku syok melayan blog kawan-kawan(tenet leyh la tahan).. jadi aku tegarkan diri untuk terus menatap lappy kesayanganku ini..

"Alamak, dah pukul 3.45 pagi.. Kena tidur dah ni esok ada program lagi.. tapi nak kejutkan budak-budak ni ajak temankan aku gi toilet.. macam tak sampai hati pulak..hurmm..."

Last-last aku pun decide pergi toilet sorang-sorang.. Memandangkan blok asrama aku paling hujung.. Da la macam-macam cite pena jadi kat sini.. bila ingat balik memang meremang la juga.. tapi aku beranikan diri je.. jalan pandang terus je tak toleh kiri kanan pun.. memang tak berani langsung.. Masuk toilet pun aku x tengok cermin..ngintai ke jeling kat cermin tu pun aku x berani gila... yang penting.. lepas je hajat aku selesai.. aku memang terus jalan laju-laju masuk bilik, kunci pintu bilik, tutup lappy dan terus tidur.
                                             
Keesokan paginya on the way nak pergi ke dewan

Fatin : ika, apsal malam semalam kau tidur tak tutup lampu.. Susah tau aku nak tidur.. Dah tu gelak sorang-sorang kuat pulak tu.. kacau je orang nak tidur.. huh~

Ika : (terdiam.. ada ke aku gelak sorang-sorang pagi semalam??? musykilnya...hurmmmm~ )


Selepas makan tengahari je.. aku, Fatin, Liza dan Ayu syok-syok la sembang-sembang..layan perut yang dah kenyang la katakan..hhuhu.. Aku teringat semula apa yang Fatin cakap pagi tadi..Jadi aku pun tanya la kat dia..

Ika : Fatin, ko sure ke nampak aku tengah online semalam?

Fatin : Yela, dah la ketawa mengilai-ilai.. kacau aku nak tidur je tau..

Ika : Erkk.. mana ada aku ketawa ngilai-ngilai semalam.. Dah tentu aku sorang-sorang berani pulak aku nak wat camtu..

Fatin : Yeker??? abes tu semalam kau lepas rambut kan?

Ika : Eh, mana ada lah. Aku x lepas rambut la siyes ni..


Aku, Fatin, Liza ngan Ayu dah mula meremang.. Tapi Fatin tetap nak tegakkan pendirian dia..


Fatin : Eh.. x dela.. aku nampakla kau tengah online.. ketawa-ketawa sambil menaip ke ape ntah.. (sambil membuat gaya orang tengah focus menekan-nekan keyboard)

Liza : weyh korang, aku da meremang da bulu roma ni.. Ika cakap betul-betullah jangan la main-main lak..

Ika : Siyes la aku cakap dalam kol 4 dah tido dah.. Ko rasa ko tersedar kol bape Fatin? ko nampak tak monitor aku menyala?

Fatin : Mmm.. Yang tu aku x perasan la plak.. Tapi masa tu hati aku terdetik gile nak tegur ko.. Tapi sebab malas nak layan coz ngantuk gila.. aku diam jela.. (dalam hati bersyukur gila x tegur.. kalo tegur tak tau ntah ape da jadi lak nanti)

Ayu : Erkk... Dah tu... kalau bukan kak ika yang dok atas kusi ni semalam.. sape pulak??


Kitorang masing-masing terdiam.. Semua cuak gile kebebe la.. Aku dah menggigil satu badan.. Sejuk je tangan aku ni.. Aku mulela terfikir.. Ke ade benda yang ikut aku masuk balik bilik pas keluar dari toilet malam tadi ek?? hurmm~ (siyes sambil taip ni dah ketar2 da..grrr~)
aku tiba-tiba terbayangkan tgh2 gi toilet tetibe terserempak dgn benda ni.. waaa cuak seyh!!

p/s: Psstt psst..Jangan layan online sampai pagi-pagi buta, entah2.. takut je ada benda yang dok temankan kat sebelah.. grrrr~


Suke?Like Jer..

AWAS, Ayat-Ayat Cinta Alam Cyber~~

Apa ke benda Ayat-Ayat Cinta Alam Cyber tu erk ?


Okay, Ayat-Ayat Cinta Alam Cyber ni aku maksudkan dengan percintaan di alam cyber. Ala macam yang korang buat kat Facebook tu. Asyik dok ngorat anak dara + teruna kat laman facebook. Lepas tu ajak couple maple gitu. La ni ramai sangat yang suka dok mencari cinta via laman sosial, yang aku peliknya macam manalah korang boleh terima pelawaan couple daripada orang yang korang tak kenali di alam cyber plak tu. Aku percaya korang2 yang mempunyai 1000++ kawan dalam facebook, majoritinya adalah orang yang korang tak kenal.

Okay berbalik pada cerita asal. Sebenarnya aku nak share dengan korang tentang jerat ataupun penipuan cinta di laman sosial yang tengah hangat di pasaran gelap. hu3, kalau korang baca surat kabo la ni banyak isu2 atau kes orang kena tipu dengan pasangan atau kekasih yang dikenali melalui laman sosial. Aku nak share ni pun sebab ada juga lah family + sedara aku yang kena tipu dengan cinta cyber ni.

Inilah fenomena yang melanda Malaysia + dunia sekarang ni. Bila mak bapak menegur kita tak nak terima, asyik nak melenting jer bila ditegur. Bila dah kena tipu hidup2 barulah korang nak cari mak bapak kan, masa buat tak berhengat. Aku pun naik meluat tengok budak2 sekarang ni yang berlagak hebat. Kalau boleh apa yang dia orang buat semuanya betul, apa yang mak bapak cakap semuanya tak betul. Tu yang jadi kes pembuangan bayi merata-rata tu.

Ok, kat sini gak aku nak share dengan korang. Macam mana nak detect bila seseorang itu cuba menipu dengan menggunakan taktik "Ayat-Ayat Cinta Alam Cyber". Pertama, kebiasaannya suspek akan add korang sebagai rakan. Ke-2, suspek akan mula memerhatikan wall laman sosial korang. Bila suspek dah dapat target yang dikehendaki, suspek akan mula melancarkan serangan dengan berbual-bual dengan kita melaui chat. Ke-3, suspek akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kepercayaan/keyakinan korang terhadap dia. Ke-4, bila suspek dah dapat kepercayaan dari korang. Suspek akan melancarkan taktik ayat2 cinta dia orang seperti:

Suspek mula berbicara soal harta yang kita miliki - Kebiasaannya soalan yang suspek akan tanya adalah kereta jenis apa yang kita miliki & berapa buah kereta ?. Ini termasuklah wang simpanan kita di bank.

Suspek membuka cerita-cerita berkaitan duit - Cerita yang mereka akan ceritakan pada kita adalah seperti Nak buat business tapi tak cukup modal, mak/bapak masuk hospital & tak cukup duit nak biayai kos perubatan, kereta rosak nak repair tak ada duit, adik-beradik ramai & dia sorang jer yang menyara keluarga, dan lain-lain lagilah.

Suspek mula meminta-minta duit - Kebiasaannya suspek akan mengatakan dia nak buat business ataupun ingin mencari rakan kongsi & meminta kita mengeluarkan modal. Kadangkala mereka kata nak pinjam duit sebab nak repair kereta yang rosak. Suspek ingin meminjam duit dalam jumlah yang besar & diluar kemampuan kita.

Dekat atas tu adalah serba sedikit yang aku boleh kongsikan dengan korang, cara-cara nak detect penipuan cinta cyber. Tapi sebenarnya di luar alam cyber pun kes2 macam tu banyak terjadi. Contohnya kakak aku sendiri pernah terkena. Di mana suspek pada mulanya hanya nak berkawan sahaja. Tapi lama kelamaan suspek mula menunjukkan belang dengan membuka cerita berkaitan duit seperti nak tukar keretalah dan sebagainya. Ini termasuklah bila suspek mula bertanya soal harta yang kakak aku miliki seperti selain kereta kancil yang kakak aku tu pakai kereta apa lagi yang kakak aku ada. Kalau korang nak tahu, suspek siap gunakan ilmu hitam untuk memperdaya kakak aku tu. Tapi last2 abang ipar aku dapat tahu gak pasal tembelang suspek tu. Abang Ipar dengan kakak aku siap pergi jumpa pengamal perubatan untuk memulihkan kakak aku dari ilmu guna-guna yang suspek bagi kat kakak aku tu. Kakak aku siap pasang pendinding diri lepas terkena ilmu guna-guna tu. Tapi sekarang suspek dah dapat mangsa baru. Siap bawa balik rumah buat projek masa orang tengah sibuk menunaikan solat Jumaat lagi tu. Sampai sekarang suspek masih memerhatikan gerak geri keluarga kakak aku. Setiap kali suspek bertembung dengan kakak aku bersama dengan abang ipar aku. mesti suspek akan panas hati sebab tak dapat nak tipu kakak aku. Aku pun naik geram dengan lelaki yang macam ni.

Ok aku nak akhiri tirai gosip hari ni dengan beberapa nasihat pada korang-korang yang suka sangat bercinta via laman sosial supaya berhati-hati bila berkomunikasi dengan individu/kumpulan yang tidak dikenali. Jangan sesekali mendedahkan status kewangan serta maklumat peribadi. Jika korang terasa ada yang tak kena dengan seseorang individu di laman sosial korang, aku nasihatkan korang tinggalkanlah orang tu dengan segera. Kalau boleh block jer terus. Jangan sesekali upload gambar-gambar seksi korang ke dalam laman sosial. Buruk padahnya kalau gambar korang tu diambil tanpa izin & disebarkan dengan niat untuk memalukan korang. Pokok pangkalnya gunakanlah laman sosial secara berhemah & penuh dengan adab sopan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Suke?Like Jer..

Tips Bersahabat TANPA Jatuh Cinta!Hehe~~

1. Kita bersahabat atas nama kepercayaan dan bukan hanya berpegang pada janji.
2. Sering menceritakan masalah yang universal dan condong pada kehidupan asmara antara keduannya, sehingga pembicaraan akan terasa netral dan adanya rasa empati.
3. Persahabatan didepan public yang tidak terlalu menunjukan kedekatan.
4. Usahakan curhat lewat alat komunikasi dan hindari pertemuan yang terlalu sering.
5. Berkata sejujur dan tidak mengada ada.
6. dan yang paling penting seringlah berkonsultasi dengannya tanpa ada rasa canggung.
Selamat mencoba..semoga bisa membantu kamu menyelesaikan problem dalam kehidupan persahabatan anda.
Karena sesungguhnya bukan kita, dia atau siapapun menjadi sepasang sahabat, tapi hiduplah yang memilih untuk sebuah kata persahabatan……dan meskipun raga tak bertemu, tapi jiwa seorang sahabat sejati pasti akan merasakan apa yang dirasakan sahabatnya….senang……susah……..suka…..duka……senyum…..dan lara….
Persahabatanlah yang akhirnya membuat kita mengenal kata kesetiaan dan alasan mengapa kita harus tetap hidup meskipun sahabat itu telah pergi……
friendship is like a ship that never sink.

Suke?Like Jer..

Dicipta Oleh AeroL