Ayat-2 Romantik buad girl-2 cair kepada lelaki


Ayat Mengorat Berlapis
Lelaki yang menggunakan ayat berlapis ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup kecewa. Ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukan tuju ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara umum saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam awak”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengorat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.

Ayat Mengorat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“Saya baru faham erti cantik apabila melihat wajah awak”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, Ammar yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengorat.


Ayat Mengorat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan Ammar yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“Saya tahu saya bukan lelaki idaman awak, tetapi awak wanita idaman hati saya”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara langsung. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Suke?Like Jer..

Kenape nak kecewa kerana cinta?

Assalamualaikum w.b.t

Pernah ke anda terfikir untuk jadi BODOH dek kerana CINTA anda yang bodoh?
hahahaha

saya tak paham la bebudak sekarang!
selalu cakap
"saya kecewa kerana cinta...sobs.."lah
"dia 'membunuhku'..." pergghhhh....
"kumbang hanya seekoq...tiada yang lain..." hak aloh!
"aku mesti nak dengan dia!" (bangang)
"aku akan setia dengan dia sampai tue!" yoyo jer.....
"You`re always in my heart, & the best in my live!"...kahkahkah
dasar budak2 Hengusan!
Selalu jerp wuat statement kurang matang.amboiii!!

Korang ingat orang yang korunk maksud kan tu HERAN ke?
"ade aku kesah @ AAK?..?"
hehehe.....
Nonsense!

So, di sini, saya nak sarankan kepada rakan-rakan,
adik-adik,awek2 disini maupun sesipe yang saya tak kenal....

supaya

"lebih taat + ingat pada mak & bapak & adik badik korunk..."
Ia lebih memberi kesan kalau korunk mengecewakan mereka.
Jangan kecewakan mereka kalau takut untuk dikecewakan.
Jadilah MAHAL ($$$$$$$$infinity!) sikit ok!


Suke?Like Jer..

”..Terlalu kecewa kerana cinta?..”

Terlalu kecewa? Kenapa? Salah siapa? Dan mengapa?…. lain orang lain lah jadinya..

Baran, terlalu cinta, pendiam, ego, duit?… dan banyak benda jadi penyebab.. kita diciptakan berpasangan. Harus mempercayainya… namun jika kita tahu siapakah yang di takdirkan untuk kita, kita tidak perlu membuang masa untuk ”flirting”….


Langkah berjaga2 untuk kurangkan rasa terlalu kecewa selepas break…


jangan berikan sepenuh cinta kepada si dia.

dalam 100%, yang layak untuknya adalah 20% sahaja…. sesungguhnya kita memang tak dapat nak agak bile cinta itu dah 20%, tapi… pada tahap selesa, jangan terlalu taksub dalam bercinta. Kalau terlalu rendah pulak, susah…Selepas kawin, kalau boleh 100%….. yes2!!


Kena ada backup feeling

Bukan com jer kene ada backup… tapi still ada com yang tak buat backup files kat com.. haha same jugak lah ngan cinta… dalam 70% selebihnya tadi… untuk agama, family, study (student) @ kerja, diri sendiri dan kwan2. Nanti in case kalau break, boleh lah tgok2kan pada element ni…


Jangan abaikan

Dalam bercinta, jangan sesekali abaikan, perkara yang penting, seperti agama, keluarga, sahabat, pelajaran bg yang belajar, dan kerja. Sudah pasti nanti jika break…. Ada yang lebih menyayangimu.. chewah!


Cintai dia kerana agamamu.

Didik dia, sayangi dia…. jangan ambil desempatan.. nanti kalau break kamu tidak akan menyesalinya, dan kamu lebih bersyukur, kerana dia dah ajar kamu untuk jadi pembimbing… hik3.


Dah kecewa..tak dapat nak lupakan pulak?? Tak pe… jodoh tak kemana..


Tu aje…. Thanks for reading….
Suke?Like Jer..

Dicipta Oleh AeroL