AWAS, Ayat-Ayat Cinta Alam Cyber~~

Apa ke benda Ayat-Ayat Cinta Alam Cyber tu erk ?


Okay, Ayat-Ayat Cinta Alam Cyber ni aku maksudkan dengan percintaan di alam cyber. Ala macam yang korang buat kat Facebook tu. Asyik dok ngorat anak dara + teruna kat laman facebook. Lepas tu ajak couple maple gitu. La ni ramai sangat yang suka dok mencari cinta via laman sosial, yang aku peliknya macam manalah korang boleh terima pelawaan couple daripada orang yang korang tak kenali di alam cyber plak tu. Aku percaya korang2 yang mempunyai 1000++ kawan dalam facebook, majoritinya adalah orang yang korang tak kenal.

Okay berbalik pada cerita asal. Sebenarnya aku nak share dengan korang tentang jerat ataupun penipuan cinta di laman sosial yang tengah hangat di pasaran gelap. hu3, kalau korang baca surat kabo la ni banyak isu2 atau kes orang kena tipu dengan pasangan atau kekasih yang dikenali melalui laman sosial. Aku nak share ni pun sebab ada juga lah family + sedara aku yang kena tipu dengan cinta cyber ni.

Inilah fenomena yang melanda Malaysia + dunia sekarang ni. Bila mak bapak menegur kita tak nak terima, asyik nak melenting jer bila ditegur. Bila dah kena tipu hidup2 barulah korang nak cari mak bapak kan, masa buat tak berhengat. Aku pun naik meluat tengok budak2 sekarang ni yang berlagak hebat. Kalau boleh apa yang dia orang buat semuanya betul, apa yang mak bapak cakap semuanya tak betul. Tu yang jadi kes pembuangan bayi merata-rata tu.

Ok, kat sini gak aku nak share dengan korang. Macam mana nak detect bila seseorang itu cuba menipu dengan menggunakan taktik "Ayat-Ayat Cinta Alam Cyber". Pertama, kebiasaannya suspek akan add korang sebagai rakan. Ke-2, suspek akan mula memerhatikan wall laman sosial korang. Bila suspek dah dapat target yang dikehendaki, suspek akan mula melancarkan serangan dengan berbual-bual dengan kita melaui chat. Ke-3, suspek akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kepercayaan/keyakinan korang terhadap dia. Ke-4, bila suspek dah dapat kepercayaan dari korang. Suspek akan melancarkan taktik ayat2 cinta dia orang seperti:

Suspek mula berbicara soal harta yang kita miliki - Kebiasaannya soalan yang suspek akan tanya adalah kereta jenis apa yang kita miliki & berapa buah kereta ?. Ini termasuklah wang simpanan kita di bank.

Suspek membuka cerita-cerita berkaitan duit - Cerita yang mereka akan ceritakan pada kita adalah seperti Nak buat business tapi tak cukup modal, mak/bapak masuk hospital & tak cukup duit nak biayai kos perubatan, kereta rosak nak repair tak ada duit, adik-beradik ramai & dia sorang jer yang menyara keluarga, dan lain-lain lagilah.

Suspek mula meminta-minta duit - Kebiasaannya suspek akan mengatakan dia nak buat business ataupun ingin mencari rakan kongsi & meminta kita mengeluarkan modal. Kadangkala mereka kata nak pinjam duit sebab nak repair kereta yang rosak. Suspek ingin meminjam duit dalam jumlah yang besar & diluar kemampuan kita.

Dekat atas tu adalah serba sedikit yang aku boleh kongsikan dengan korang, cara-cara nak detect penipuan cinta cyber. Tapi sebenarnya di luar alam cyber pun kes2 macam tu banyak terjadi. Contohnya kakak aku sendiri pernah terkena. Di mana suspek pada mulanya hanya nak berkawan sahaja. Tapi lama kelamaan suspek mula menunjukkan belang dengan membuka cerita berkaitan duit seperti nak tukar keretalah dan sebagainya. Ini termasuklah bila suspek mula bertanya soal harta yang kakak aku miliki seperti selain kereta kancil yang kakak aku tu pakai kereta apa lagi yang kakak aku ada. Kalau korang nak tahu, suspek siap gunakan ilmu hitam untuk memperdaya kakak aku tu. Tapi last2 abang ipar aku dapat tahu gak pasal tembelang suspek tu. Abang Ipar dengan kakak aku siap pergi jumpa pengamal perubatan untuk memulihkan kakak aku dari ilmu guna-guna yang suspek bagi kat kakak aku tu. Kakak aku siap pasang pendinding diri lepas terkena ilmu guna-guna tu. Tapi sekarang suspek dah dapat mangsa baru. Siap bawa balik rumah buat projek masa orang tengah sibuk menunaikan solat Jumaat lagi tu. Sampai sekarang suspek masih memerhatikan gerak geri keluarga kakak aku. Setiap kali suspek bertembung dengan kakak aku bersama dengan abang ipar aku. mesti suspek akan panas hati sebab tak dapat nak tipu kakak aku. Aku pun naik geram dengan lelaki yang macam ni.

Ok aku nak akhiri tirai gosip hari ni dengan beberapa nasihat pada korang-korang yang suka sangat bercinta via laman sosial supaya berhati-hati bila berkomunikasi dengan individu/kumpulan yang tidak dikenali. Jangan sesekali mendedahkan status kewangan serta maklumat peribadi. Jika korang terasa ada yang tak kena dengan seseorang individu di laman sosial korang, aku nasihatkan korang tinggalkanlah orang tu dengan segera. Kalau boleh block jer terus. Jangan sesekali upload gambar-gambar seksi korang ke dalam laman sosial. Buruk padahnya kalau gambar korang tu diambil tanpa izin & disebarkan dengan niat untuk memalukan korang. Pokok pangkalnya gunakanlah laman sosial secara berhemah & penuh dengan adab sopan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Suke?Like Jer..

Tiada ulasan:

Dicipta Oleh AeroL